ORGANISASI

MAJLIS PAUNIVERSITI.
PENGURUSAN 2015.
PENJENAMAAN SEMULA TINGKATAN ENAM:Punca Kuasa

“Tingkatan Enam perlu dibezakan dengan menengah biasa kerana ia adalah peringkat yang lebih tinggi dalam sistem persekolahan”.



“Pendidikan Pra-U di Tingkatan Enam seharusnya sama dengan persekitaran di Kolej Matrikulasi, IPG dan IAB yang sistem pembelajarannya sama seperti Universiti”. (Tan Sri Dato’ Hj Alimuddin bin Hj Mohd Dom, KPPM Utusan Malaysia,  14 Jun 2008).
Pada  4 januari 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) telah bersetuju meluluskan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM yang dinamakan sistem modular bagi menggantikan sistem pentaksiran STPM sedia ada untuk sesi pengambilan 2012/2013.

Menjelang penghujung tahun 2013, Kementerian akan menjenamakan  semula Tingkatan Enam dan STPM/STAM bagi menggalakkan lebih ramai murid mengikuti pilihan kelayakan tersebut. Usaha ini akan menjadikan kelayakan Tingkatan Enam setanding dengan program prauniversiti yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta. Sekolah yang menawarkan Tingkatan Enam akan diberi kuasa membuat keputusan bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengupayakan murid menjadi lebih bersedia bagi kemasukan ke university. Langkah yang akan diambil termasuk melonggarkan syarat bagi murid Tingkatan Enam dalam pemakaian pakaian seragam sekolah, membenarkan mereka menubuhkan Majlis murid Tingkatan Enam yang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mengenai aspek persekolahan mereka (kebajikan murid dan pelbagai aktiviti  kokurikulum), dan memperkenalkan modul yang memerlukan murid menjalankan penyelidikan kendiri atau bekerja dalam kumpulan untuk menjalankan kerja projek tertentu secara individu atau pun berpasukan”. (Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025).




No comments:

Post a Comment