PSPTN

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

Aspirasi Negara dan Falsafah Pendidikan

Selaras dengan Misi Nasional yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) pada 31 Mac 2006, iaitu fasa kedua ke arah mencapai Wawasan 2020, KPT berperanan dalam menggerakkan usaha bagi mencapai matlamat teras kedua Misi Nasional tersebut dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Selaras dengan teras kedua tersebut, negara perlu melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul. Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) digubal dan telah dilancarkan pada 27 Ogos 2007 dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020.

 

Teras Utama PSPTN

Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan menggariskan tujuh (7) teras utama, iaitu:
Teras 1
Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
  • Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan tertiari)
  • Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)
Teras 2
Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
  • Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri
  • Penambahbaikan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan
  • Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran
  • 100,000 PhD atau setaraf
Teras 3
Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi
  • Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja)
  • 6 buah Universiti Penyelidikan
  • 20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa
  • Budaya inovasi dalam kalangan pelajar
  • 10% hasil penyelidikan dikomersialkan
Teras 4
Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi
  • Satu (1) atau dua (2) buah Universiti APEX daripada kalangan IPT dalam tempoh terdekat
  • Tiga (3) IPT antara 100 universiti terbaik dan satu antara 50 universiti terbaik di dunia
  • Kuasa autonomi mengikut KPI
  • 75% pensyarah berkelayakan PhD
  • Penarafan IPT mengikut KPI
Teras 5
Mempergiat Pengantarabangsaan
  • Jaringan kolaborasi dalam kalangan IPT luar negara
  • Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa
  • 5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif
  • Pelajar pascakedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)
  • Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Penyelidikan
  • Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit
  • Biasiswa Antarabangsa Malaysia
Teras 6
Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF
  • Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu
  • Peningkatan penyertaan golongan dewasa
  • Laluan alternatif dan mobiliti program
Teras 7
Mengukuh Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi
  • KPT sebagai pemudah cara
  • Sistem penyampaian terbaik
  • Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan
  • KPI - berdasarkan prestasi
  • Perbelanjaan berhemah
  • Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

No comments:

Post a Comment