Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
Aspirasi Negara dan Falsafah Pendidikan
Selaras dengan Misi Nasional yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) pada 31 Mac 2006, iaitu fasa kedua ke arah mencapai Wawasan 2020, KPT berperanan dalam menggerakkan usaha bagi mencapai matlamat teras kedua Misi Nasional tersebut dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.Selaras dengan teras kedua tersebut, negara perlu melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul. Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) digubal dan telah dilancarkan pada 27 Ogos 2007 dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020.
Teras Utama PSPTN
Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan menggariskan tujuh (7) teras utama, iaitu:
Teras 1 |
Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
|
Teras 2 |
Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Teras 3 |
Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi
|
Teras 4 |
Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi
|
Teras 5 |
Mempergiat Pengantarabangsaan
|
Teras 6 |
Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
|
Teras 7 |
Mengukuh Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi
|
No comments:
Post a Comment